Kemerdekaan dan Perang Vietnam Sejarah_Kemboja

Kemboja menjadi negara beraja berperlembagaan di bawah Raja Norodom Sihanouk. Apabila Indochina Perancis merdeka, Kemboja putus harapan untuk menguasai semula Delta Mekong yang dikurniakan kepada Vietnam. Delta tersebut yang dahulunya di bawah taklukan Empayar Khmer sudah dikuasai oleh bangsa Vietnam sejak 1698 apabila Raja Chey Chettha II merestui pendudukan bangsa Vietnam di kawasan terbabit berpuluh-puluh tahun sebelumnya.[26] Hal ini masih merupakan titik pertikaian diplomatik di mana masih terdapat lebih sejuta orang kaum Khmer (iaitu Khmer Krom) yang tinggal di kawasan tersebut. Khmer Rouge cuba menyerang berkali-kali untuk menuntut semula Delta Mekong yang sedikit sebanyak menyebabkan Vietnam menyerang Kemboja lalu menjatuhkan Khmer Rouge.

Pada 1955, Sihanouk turun takhta untuk memberikan laluan kepada ayahandanya untuk menyertai politik lalu dipilih menjadi perdana menteri. Ekoran kemangkatan ayahandanya pada 1960, Sihanouk sekali lagi menjadi ketua negara tetapi bergelar putera raja. Sementara Perang Vietnam berlaku, Sihanouk merasmikan dasar berkecuali dalam Perang Dingin. Sihanouk membenarkan komunis Vietnam untuk menjadikan Kemboja tempat suaka dan laluan bekalan untuk persenjataan dan lain-lain bentuk bantuan kepada angkatan bersenjata mereka yang berjuang di Vietnam Selatan. Dasar ini dipandang malu oleh ramai rakyat Kemboja.

Pada Disember 1967, wartawan Washington Post bernama Stanley Karnow melaporkan titah Sihanouk bahawa jika Amerika Syarikat mahu mengebom suaka komunis Vietnam, tentu baginda tidak membantah melainkan rakyat Kemboja dijadikan korban.[27] Pesanan ini disampaikan kepada utusan Presiden AS iaitu Chester Bowles pada Januari 1968.[28] Akan tetapi Sihanouk secara umumnya menafikan hak Amerika Syarikat untuk membedil Kemboja dan pada 26 Mac Putera Sihanouk bertitah bahawa "serangan-serangan jenayah ini mesti dihentikan dengan segera dan muktamad..." Pada 28 Mac diadakannya sidang akhbar di mana Sihanouk merayu kepada media antarabangsa supaya menghebahkan ke seluruh dunia "pendirian Kemboja yang jelas sekali, iaitu bahawa beta walau dalam apa jua keadaan tetap akan menentang semua bentuk pengeboman di wilayah Kemboja atas sebarang dalil." Apapun rayuan Sihanouk tidak diendahkan, maka pengeboman diteruskan.[29]

Rujukan

WikiPedia: Sejarah_Kemboja http://www.art-and-archaeology.com/seasia/ppenh/kh... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/90520/Ca... http://www.cambodia-travel.com/khmer/angkor-era3.h... http://www.cnn.com/2012/02/03/world/asia/cambodia-... http://findarticles.com/p/articles/mi_m1584/is_n3_... http://books.google.com/?id=_oZ52cuX8s4C http://books.google.com/?id=wtBkD5CoIMkC&printsec=... http://www.signonsandiego.com/news/world/20040613-... http://www.smartcambodia.com/index.php?option=com_... http://www.smartcambodia.com/index.php?option=com_...